Sunday 29 January 2012

MY LIL SARAH

Aini Sarah Bt Hairil Anuar
was born on 15th of September 2011, weight 2.9 kg.
current weight at 4m 10d - 5.73kg
full brestfeed baby =)

Saturday 28 January 2012

BERAPA BANYAK SUSU YANG BAYI PERLUKAN

Salam sayang buat semua.

Mungkin ada ibu yang tertanya-tanya, berapa banyak yang anak kita minum ketika menyusu atau berapa banyak susu yang diperlukan ketika mahu menghantar anak ke nursery @ baby sitter.  
Jika kita suri rumah, yang sememangnya hanya direct feeding saja, perkara ini mungkin tidak menjadi isu..
tapi bagi ibu berkerjaya, sedari dalam pantang lagi, atau 2weeks before nak masuk kerja semula, ebm @ susu perahan sudah perlu ada dalam simpanan, dan ada yang pening memikirkan berapa banyak ebm yang diperlukan sehari, berapa banyak yang di minum setiap kali menyusu, dan cara pemberiannya.

Jadi, di sini, share sedikit info yang saya dapat melalui pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri.

Tips :

  • Mulakan membuat sesi perahan @ stok semenjak awal lagi iaitu ketika dalam pantang
Ketika dalam pantang, jika anda perasan, susu sememangnya tengah banyak, baju sentiasa basah bila anak menyusu di satu belah.  Jadi tak salah, jika ketika pum sebelah lagi, ketika anak menyusu yang sebelah lagi. Anda akan terkejut dengan hasilnya nanti.   Boleh mulakan membuat perahan dari 2 minggu selepas bersalin, dan selewat2 nya, 2 minggu sebelum mula bekerja.

  • Bangun malam untuk menyusukan sambil membuat perahan.
  • Pum setiap 2-3 jam sekali 
  • Pum sebelah lagi, jika anak hanya minum di satu belah sahaja
  • Pum hingga payudara benar-benar kosong, jika anak minum sedikit sahaja ketika itu
  • Mulakan mengajar anak anda menggunakan puting botol dan minum ebm ketika di usia 1 bulan, sekali sekala, jangan terlalu lewat, untuk mengelakkan anak reject puting@ebm bila dihantar ke rumah bs




" In exclusively breastfed babies, milk intake increases quickly during the first few weeks of life, then stays about the same between one and six months (though it likely increases short term during growth spurts). Current breastfeeding research does not indicate that breastmilk intake changes with baby's age or weight between one and six months. After six months, breastmilk intake will continue at this same level until -- sometime after six months, depending in baby's intake from other foods -- baby's milk intake begins to decrease gradually "

Maklumat lanjut, klik di sini.

credit to : mummy luna 

Kebanyakan ibu yang merasakan dirinya mempunyai masalah penyusuan sebenarnya bukan bermasalah
Walaupun sebenarnya sesi kaunseling memerlukan saya bersama dengan ibu itu sekurang kurangnya 15-30 minit untuk memahami situasinya
Kadang kadang masa terluang seminit dua di telefon sudah memadai
Bila ibu mengadu yang dia penat mengepam dan masih tidak dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anaknya
Katanya susu itu ‘sikit’ jika dibandingkan dengan jumlah yang diminum oleh anaknya semasa beliau berkerja
Setelah semua minuman/makanan penambah susu diambil
Dan semua usaha telah dilakukan, namun tidak berjaya juga ‘membanyakkan susu’
Biasanya ibu memilih beralih kepada susu formula, walaupun ianya bukanlah penyelesaian (dan mungkin membawa banyak masalah lain)

Saya merasakan ianya adalah suatu isu kuantitatif dimana berapa ‘banyak’ ialah ‘banyak’ dan berapa ‘sikit’ ialah ‘sikit’ mengikut definisi masing masing

Rata rata ibu mahukan jawapan dalam bentuk angka seperti “pam susu 20 minit sebelah payudara” walau jawapan sebenarnya ialah 
“pam/perah susu sehingga payudara kosong”
Dan “anak minum 3 oz sekali” berbanding hakikatnya “anak minum mengikut kehendaknya dan berbeza beza”

Ok, saya ringkaskan
Secara puratanya, 
bayi dibawah 6 bulan akan minum susu dalam 19 ke 30 oz sehari siang dan malam
Katakan bayi minum 10 kali sepanjang hari (dibawah 6 bulan)
Jadual acik Sue buat sendiri (anggaran 2-3 jam sekali minum) – semasa ibu outstation sepanjang hari :
(1) 7 pagi
(2) 10 pagi
(3) 1 tgh
(4) 4 ptg
(5) 7 ptg
(6) 10 mlm
(7) 1 mlm
(8) 4 pagi
(9) & (10) reserve untuk jadual yang mungkin lari
Mengikut kira kiranya, bayi anda akan minum 2.5 oz (paling banyak 3 oz) sekali minum
Iaitu 25 oz ke 30 oz sehari
Baiklah, katakan anda meninggalkan bayi sepanjang berkerja (12 jam)
Jumlah yang ditinggalkan sepanjang bayi di rumah pengasuh/nursery ialah 12.5 oz sehingga 15 oz sahaja
Iaitu 5 botol yang berisi 3 oz susu setiap satu
Dan jarang kita meninggalkan anak selama 12 jam (bagi yang berkerja 8 jam sehari, 1 jam lunch, 1 jam travel jadi lebih kurang 10 jam)
Ianya tidak perlu  sebanyak yang disangkakan kan
3 oz memadai untuk fungsi normal tubuh bayi anda

Cadangan:

  • Sekiranya anda meninggalkan bayi anda pada pukul 8 pagi, susukannya terlebih dahulu
  • Beritahu pengasuh bahawa susu yang sudah dipanaskan (3 oz) tahan selama 2 jam
  • Usah paksa bayi menghabiskan kesemua susu tersebut serentak, simpan susu ditepi dan offer lagi bila bila perlu
  • Gunakan cup kecil, picagari mahupun sudu untuk lebih mudah mengawal kuantiti susu yang anak akan minum
  • Jika memilih menggunakan botol, gunakan puting bersaiz paling kecil dan jangan tukar saiz puting walaupun bayi sudah besar
  • Minta pengasuh untuk mengelakkan memberi bayi minum susu setiap kali dia ‘berbunyi’, sebaliknya tukar lampinnya (jika basah), angkatnya (jika bayi bosan) etc etc, tepuk2 perlahan untuk menenangkannya 
Bayi berusia 6 bulan keatas akan mengambil susu yang lebih kurang begitu juga bagi bayi yang diatas satu tahun
Dan jika bayi anda minum kurang sepanjang siang, mungkin beliau adalah jenis Reverse Cycling dimana dia suka minum dengan banyak secara terus dari ibunya (pada waktu malam)
Jangan susah hati ya!
Teruskan menyusui, doa saya bersama anda!
(Perhatikan perkembangan kecergasannya begitu juga keadaan kesihatan bayi anda ya)



Thursday 26 January 2012

UNDERWEIGHT

Salam Jumaat buat semua pembaca.

Setiap ibu (n ayah la kan) pastinya inginkan yang terbaik untuk si manja mereka. Dan pastinya juga, kita mahu melihat mereka membesar dengan sihat dan sempurna.  Dan antara yang selalu diperhatikan atau dibandingkan oleh ibu bapa, adalah mengenai berat si manja dan saiz tubuh badannya selain perkembangannya (etc meniarap, menyusur, duduk, merangkak, berjalan).  Siapa tak geram kalau tengok anak semangat je kan..pipi pun boyot jek, badan pun bambam jek mcm dipam pam. haha..

Tetapi setiap anak atau individu itu unik, dan tumbesaran nya tak sama dengan yang lain. Tak perlu di bandingkan sangat unless memang perkembangannya lambat, then baru la dirujuk kepada yang pakar.

So, citer anak-anak saya ni (actually br pas risau bila bawa Sarah checkup 4m di kkia, berat x naik sangat) mengenai berat mereka yang menghampiri underweight.  Bermula dengan Irfan, lahir 3.0kg, 1m+  berat naik hingga 4.8kg, 2m+ berat 5.2kg, 3m+ berat dah semakin mendatar 5.6kg dan seterusnya mendatar jek (tapi selamat lagi tak masuk ke yellow line la. Sekarang dah nak masuk 2thn, rasanya berat still x sampai 10kg kot.
Apa pun, Irfan sangat aktif, cergas dan perkembangannya cepat.. dari meniarap, tumbuh gigi, hingga la bole berjalan di usia 9bulan.. (patutlah berat tak naik2).  Dan yang saya perasaan, bila dia fully bf (till 6m) memang jarang sakit.. tapi bila dah campur formula, tambah plak duduk dengan pengasuh, senang sikit berjangkit la selsema.  Masa tu (tiap kali checkup, saya cukup risau dengan berat nya)


Sarah pula, lahir dengan berat 2.9 kg, sebabkan bf jaundice yg hampir 2bulan lamanya, 3kali masuk wad under phototerapy (ni kisah saya pernah citer kat entry saya dl kan), memang fully bf, asyik bf jek sampai muka pun naik tembam 1-2 bulan.. 1m+ jek dah 4kg, 2m+ 4.8kg, then masuk 3m+ dah pandai meniarap (cepatkan) berat pun x naik byk la sekitar 5.2kg.. and last checkup was at 4m+ only 5.73kg.. berat masih di tahap ok la.. (belum yellow line) tapi bmi dah x cantik..x sesuai.. Nurse pun mula risau, membuatkan hati saya lagi cuak la..



Apa pun, saya tahu, perkembangan kedua-dua anak saya setakat ni baik, sihat dan cergas.. (wlp berat menjadi kebimbingan sedikit pada saya). Alhamdulillah, Sarah tak pernah demam lg setakat ni, Irfan plak biasa la.. dah pernah patah kaki pun (bersimen kaki 1m+) demam n selsema dah makin kurang n baru nak berselera makan bila saya tambahkan meal shake SHAKLEE dalam susu dia (sbg multivitamin utk kanak2 1thn ke atas).  Dan misi saya dan suami, untuk cuba pastikan Sarah dapat menikmati susu ibunya selama yang saya mampu (mudah2an hingga 2tahun).

Di sini, saya share kan entry yang saya baca mengenai masalah anak underweight ni..  Kalau anda ibu yang menyusukan anak anda, jika ada masalah berat, sesuai la baca entry ni.. sebab ia melegakan saya.. Tak la risau sgt.. Sebab kita dah berikan yang terbaik untuk anak-anak kita kan..  Muahhh..


Anak anda tidak kurus kerana kurang khasiat!
Dia kecil sebab anda dan suami bertubuh kecil  
Ibu bapa yang berinformasi tidak akan membiarkan sesiapa (atau doktor) undermine keyakinan anda terhadap susu ibu!
She’s doing fine ….just fine…. 
:)


Happy Breastfeeding
___________________________________________________________________
Credit to : http://www.diyaluna.com


Pernahkah anda membawa anak anda yang fully breastfeed ke klinik untuk checkup bulanan
Dan nurse/doktor mengatakan anak anda underweight?
Sedangkan anak anda menyusu dan makan dengan baik (sekiranya sudah makan)
Anak anda juga aktif mengeksplorasi seluruh kawasan rumah dan tidak nampak lemah
Nurse/doktor tersebut mencadangkan anda menambah susu formula dalam diet anak anda
Apa yang anda perlu lakukan? Dan apa yang anda perlu tahu?
  1. Periksa dengan doktor keadaan kesihatannya – samada bayi mengalami apa apa masalah kesihatan
  2. Hubungi kaunselor/konsultan laktasi bagi mengakses keadaan penyusuan anak anda samada dari segi teknik, lekapan, feeding pattern mahupun penyediaan susu perahan.
  3. Ketahui fakta bahawa breastfed babies akan meningkat beratnya dengan cepat pada 2 hingga 3 bulan pertama dan meningkat berat perlahan lahan dari usia 3 bulan sehingga 12 bulan berbanding formula fed babies.

growthchart
Kebanyakan doktor masih menggunakan Growth Chart tahun 1977 dimana:
  • Kajian dibuat berdasarkan bayi Caucasian (yang lebih besar dari Asian) yang dibuat di Ohio dari tahun 1929 hingga 1975
  • Kebanyakan daripada mereka adalah formula fed babies
  • Dan diberi makan seawal usia 4 bulan (sebelum polisi diubah kepada 6 bulan ke atas)
  • Nyatanya, growth chart ini tidak sesuai untuk breastfed babies!
Growth Chart pada tahun 2000 pula adalah kombinasi antara formula fed dan breastfed babies dimana chart ini agak ‘mengelirukan’ bagi mendiagnosis keadaan kesihatan bayi berikutan kadar pertambahan berat yang berbeza
Growth Chart terbaru dari WHO dikeluarkan pada 27 April 2006
Ianya berdasarkan daripada kajian dan pemerhatian terhadap 9000 bayi yang menyusu secara eksklusif sepanjang 6 bulan pertamanya
Chart ini juga boleh digunakan oleh formula fed babies bagi mengakses tahap ‘lebihan’ beratnya kerana susu formula meninggikan risiko obesiti di kalangan anak anak kita

Anak anda tidak kurus kerana kurang khasiat!
Dia kecil sebab anda dan suami bertubuh kecil
Ibu bapa yang berinformasi tidak akan membiarkan sesiapa (atau doktor) undermine keyakinan anda terhadap susu ibu!
She’s doing fine ….just fine…. :)


Nota mommy Luna:  Ada juga doktor yang menggunakan growth chart yang diberikan secara percuma oleh syarikat susu formula untuk mengukur kadar pertumbuhan bayi yang nyata tidak sesuai untuk breastfed babies.

SET B+ESP



  • Nurul Hikma Noor Ezan
    salam sume
    saya just nk kgsi pengalaman mula2 makan shaklee nie...
    saya start makan set B + ESP 13/1/2012 yg lepas...
    pagi 14/1/2012 tu kepala memg skt sgt...tkak pun perit..nk telan air liur pun amat seksa...pinggang sakit....tp saya teruskan juga set tu n maintanin kan 2liter air spt yg disyorkan...(thanks tu cery mamafaiz) alhamdulillah mlm 14/1/2012 tu dh ok...untill now bdn dh kmbali segar...dh yg plg penting susu dh makin bertmbh...sblm ni cik B sblh kiri sush sgt nk kuar susu.. after bbrpa hari amalkan set shaklee ni....ada perubahan n peningkatan...dgn izin ALLAH n bantuan dri mamafaiz set shaklee ni mmberi kesan positif bagi saya...alhamdulillah

    Ingin mencuba? Berminat dengan produk ini, boleh email kepada saya ainani85@yahoo.com atau sms.019-4511906 begin_of_the_skype_highlighting019-4511906      end_of_the_skype_highlighting

CHECKLIST UNTUK BF MOMMIES


Credit to Kak N n Bonda Sha


Benarlah kata orang...untuk berjaya perlu selalu muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki diri dari yang baik kepada yang lebih baik.

Untuk menjayakan penyusuan dengan cemerlang, marilah sama2 kita muhasabah setiap perkara berikut agar kejayaan dapat dikecapi dengan penuh kemanisan:

1. Solat 5 waktu tidak diabaikan atau dilengahkan ATAU doa bagi non-muslim.


Apa kaitan solat atau doa dengan penyusuan? Sangat penting kerana solat atau doa itulah yang menghubungkan makhluk dengan pencipta. Ini juga menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada pencipta. Dengan izinNya jualah segala nikmat dikecapi. Begitu juga dengan penyusuan, ia akan lebih manis apabila kita dekat denganNya. Segala susah senang kita , kita akan yakin bahawa Dia tidak akan menghampakan kita. Keyakinan yang kuat adalah hasil hubungan kita dengan pencipta. Susu yang keluar dari tubuh si ibu adalah atas keizinan Yang Esa jua. Solat atau doa adalah sebagai tanda kita bersyukur....janjiNya, barang siapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmat ke atasnya dan barang siapa yang kufur azab Nya amatlah keras. Bagi Muslim, solat sunat dan zikir2 sangat membantu menjayakan apa yang diusahakan.

Hubungan sesama makhluk juga tidak boleh dipandang remeh bermaksud hubungan suami isteri, ahli keluarga dan jiran tetangga sangat perlu dijaga.


2. Menjaga pemakanan

Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi. Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang.

Pentingkah makanan yang seimbang?

Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan si ibu mudah letih, moody, stress dan seterusnya memberi kesan ke atas penghasilan susuibu. Kesan jangka panjang yang akan dialami oleh si ibu yang tidak menjaga pemakanan ialah sakit pinggang, sakit belakang, tumit kaki yang keras, muka yang kusam, keguguran rambut yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat dan masalah kedinginan terhadap keperluan seks.

Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam.Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul.

Vitamin B boleh didapatkan melalui pisang, kuning telur, bijiri, keju dan yogurt.


3. Kekerapan penyusuan.

Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman. Perlu diingat:KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU. Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi(melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak
tidak akan berlaku.


4. Fikiran yang Positif.

Pentingkah fikiran yang positif ? Bagi diri ibu...penting dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. Cuba jauhkan fikiran yang negatif dan perasaan pra sangka.Ianya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai aura yang gelap. Mudah putus asa adalah disebabkan pengambilan makanan seharian yang kurang vitamin B. Maka jika anda ialah seorang yang mudah marah, mudah penat , mudah putus asa berpunca dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Fikiran positif akan lahir dengan cukup doa, usaha menjaga pemakanan dan pengambilan air yang cukup...ini antara pendapat yang ibu belajar dari arwah Tn. Hj Talip.

Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak.... jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai.


Ini antara checklist yang boleh dibuat setiap hari dalam proses muhasabah diri dan usaha yang berterusan demi menjayakan penyusuan. Mudah2an memberi kebaikan kepada sesiapa juga yang bakal atau sedang menyusukan anak

Happy breastfeeding

Wednesday 25 January 2012

GROWTH SPURT


Bagi ibu-ibu yang menyusukan si kecil mereka, ada hari-harinya yang mungkin akan memeningkan kepala si ibu.. hingga ada yang stress mungkin dengan kerenah si kecil mereka.  Si kecil ingin melekap saja, seolah-olah tak puas menyusu, dan mungkin meragam.  Saya juga mengalami situasi ini. Memang boleh pening kepala kita di buatnya.


Jadi saya share kan di sini, artikel yang saya baca.   Harap boleh dijadikan panduan buat kita semua.



Happy Breasfeeding =)


Growth Spurt terjadi kepada baby yang berusia di bawah usia satu tahun.
Biasa berlaku semasa usia baby 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan and 9 bulan (berbeza mengikut baby anda – more and less).
Growth spurt akan berterusan sehingga bayi anda menjadi toddler dan seterusnya teenagers.
(terjawablah persoalan kenapa saya makan banyak selalunya pada masa masa tertentu..;P )
Ianya juga berlangsung selama 2-3 hari dan kadang kadang sehingga seminggu.
Apa yang berlaku ialah, baby lebih kerap menyusu dan lebih fussy daripada biasa.
Dan biasanya bila ‘orang lama’ nampak, mereka akan kata bayi tak kenyang kenyang minum susu ibu dan perlu ditopup dengan susu formula.

Tapi sebenarnya apa yang berlaku ialah, bayi anda memerlukan lebih susu untuk tumbesaran fizikal dan skills (seperti merangkak, berpusing setempat,membebelberbual dan tersenyum)
Dan susu anda sentiasa ada dan cukup untuk si kecil :D Magisnya, susu anda akan semakin bertambah mengikut keperluannya.
Sila educate pasangan anda mengenai Growth Spurt supaya bila baby anda fussy melampau, anda dan pasangan akan lebih tenang faham “oh oh, anakku sedang mengalami Growth Spurtnya..”

Jangan terburu buru memberinya susu formula mahupun makanan tambahan (sebelum usianya 6 bulan).
Makan dan minum secukupnya untuk memberikan (dan menghasilkan) yang terbaik utk anak kita..

Friday 20 January 2012

KOLEKSI BREAST PUMP SAYA

Salam wrt, selamat pagi.


ha, pagi ni saya bgn awal, sbb nk kena pump susu, sambil sarah dh terjaga pagi-pagi, ajak nk main.. abis di sondolnye ayah n abg die, menjerit2, suruh diangkat...


sambil menyusu ni jg la, time saya nk menjengah Fb dan update blog saya.. bukan ape, time lain akn sibuk dgn kerja rumah dan anak2.. jd biasanya, email2 atau pertanyaan dr kawan2 akan saya balas di pg hari la.. (kalo ade yg sms, lg cepat sy balas)


topik pg ni nk citer pasal pump.
saya juga bekerja, dan saya juga mengalami kekangan2 dan cabaran untuk meneruskan penyusuan ni.. siapa kata ia mudah?? tapi demi untuk memberikan yang terbaik bg anak saya, dan tak nak lihat dia mudah diserang sakit, saya gigihkan juga.  


TEMAN BAIK IBU BERKERJAYA YANG MENYUSUKAN ANAK


avent manual breast pump
Pump ni saya beli, sebab dh try jenis pureen etc yg murah sket, tapi x sesuai utk saya.. jd berkorban la sket duit, beli jg yg ni. sebenarnya, dr saya mengandung lg, dah usha lame dh pump ni..tp tgk harga.. haha.. lambat br beli..

Pump ni saya guna untuk bawa ke office.. pump dlm kete, bw blk kg... mmg x mengecewakan la. Tapi bile dh lenguh tgn mlm2 pump, tambah plak, saya nk pump sambil menyusukan irfan (sayang tengok susu mengalir kat sebelah masa anak menyusu, macam nk tadah aje), then saya gigihkan jg beli pump elektrik ni.


pump elektrik spectra 3

Pump spectra ni mmg memudahkan kerja saya.. sambil menyusu, saya pump terus yg sebelah lg..tak payah susah2 pun.. letak n pegang je... susu pun memancut2 keluar.. suka..suka.. 

Banyak jg la jasa dia pada saya.. dan sempat jg la saya pinjam kn pada sepupu suami saya yg ketika tu br pas bersalin.. saya bg die pinjam, spy mudah dia pump susu nk wat stok utk anak keduanya.. waktu pun saya dh mengandung anak kedua, n irfan stop bf.. 

Yang ni sbb motor pump ni agak besar sket, saya x bw g kerja la. guna kat rumah je.. tp bile blk kg, angkut jg.. 

Bila tgk kawan saya Diana @ cidon dok usha2 pump (die tgh preggy time ni) saya pun terexcited gk nk beli.. huhu... (mata rambang jg). n kebetulan kawan saya Lini, nk beli pump elektrik sbb die kata dh lenguh tgk guna manual pump. saya pun terfikir nk jual kt die specta ni, n upgrade ke pump yg baru.. hihi.. 

Maka, dapat la yg ni... (beli dr bonda sha)
Medela swing

Pupm ni br saya beli after Sarah masuk 3 bulan.  So far guna, alhamdulillah.  Mmg cepat dapat LDR (let down reflex) n dlm masa yg cepat dh bole penuh 1 botol 5oz.. cuma kena berjaga2 jgn bg susu masuk tiub la.. hehe..
Memandangkn saiz nya yg kecil, electric n batery operated, maka senang nk usung g mana2 n yg ni saya bw g office.. senyap (x bising sgt la), ringan n cepat.. 


Moga kamu jg akan membantu saya dalam penyusuan ini ya swing... 
Dan mudah-mudahan, murah rezeki Sarah untuk terus menikmati susu ibunya...
Yang penting, prinsip penyusuan tu kena patuhi la..

  • Menyusukan anak / pump 2-3 jam sekali
  • Minum air banyak
  • Jaga pemakanan / jgn skip meals
  • Lebih byk ransangan @permintaan, maka lebih byk la susu yg akan dihasilkan

ni ebm yg di simpan dlm freezer wat sementara waktu before di transfer masuk ke dalam deep freezer.

* kadang2 saya pun x sempat nk pump 2-3 jam kt opis due tu kerja yg non stop.. so saya akn counter balik dgn buat power pumping di rumah =p





Happy breastfeeding

MY HELPER

anak teruna sorang ni mmg suka 'tolong' saya kat dapur, bile saya nak masak..
sempat jg sy capture sikit aksi2 die, saja untuk kenangan.. haha


main masak-masak

 tolong ibu wat cheese tart

menu dr irfan ~ sambal carot (bawang + carot)

Sunday 15 January 2012

PERBEZAAN SUSU BADAN DAN SUSU FORMULA




 Antara kandungan di dalam susu ibu berbanding dengan susu formula..


Adalah hak setiap bayi menikmati susu ibunya sendiri.  Terbukti anak-anak yang diberi susu ibujauh lebih sihat, lebih bijak, lebih gembira dan ceria serta lebih berkeyakinan.  Sememangnya susu ibu merupakan susu yang terbaik di dunia, kemudia baru lah susu kambing.  Ini kerana, kandungan nya yang kompleks tidak dapat ditandingi oleh mana-mana susu formula sekali pun.

Maka, tepuk dada, tanya lah diri anda sendiri.  
Apabila anda ingin menyusukan anak anda sendiri (nikmat yang paling berharga pada saya), niat lah dari awal, semenjak di awal mengandung lagi..  Dan jangan sesekali mengatakan bahawa susu anda tidak ada, susu tidak cukup atau anak tidak mahu kan susu anda.

Hakikatnya, telah tersedia makanan yang paling baik untuk mereka yang di anugerahkan oleh Allah..  Di awal kandungan 3bulan lagi, susu badan sudah mula terbentuk..  Apabila lahir saja mereka ke dunia, telah tercipta kolestrum (susu pekat betwarna kuning) yang sangat baik untuk imunisasi bayi, dan bayi ketika itu hanya memerlukan sikit sahaja susu ibunya untuk dia kenyang kerana perut bayi tidak lah sebesar mana.
Dan susu ibu akan terus tersedia untuk keperluan bayi semenjak dia lahir hinggalah dia membesar seiring dengan keperluannya.  
Janganlah katakan bahawa susu anda tidak ada, sebaliknya, carilah ilmu untuk memastikan susu anda akan terus kekal tersedia untuk si manja sehingga mereka bercerai susu.

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.

Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6bulan.

Ini bermakna dari lahir sehingga 6bulan bayi :
- diberi susu ibu sahaja
- tidak perlu air atau susu tambahan
- tidak perlu makanan pelengkap.


" Apakah redha hai golongan wanita,
bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya yang telah dinikahi dengan halal, Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang berjihad fisabilillah.
Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya, maka ia dapat pahala yang banyak sehingga manusia tidak mengerti berapa banyakknya pahala itu.
Apabila telah lahir lalu disusui, bagi ibu itu setiap teguk dari susunya, Allah memberi dia pahala satu kebaikan.  Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah"

Mudah-mudahan, kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki anak untuk terus menikmati susu ibu sehingga berumur 2 tahun...

Happy Breastfeeding

Saturday 14 January 2012

CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN (EBM) & PENGENDALIANNYA

Credit to Kak Nadiah & Kak Norita 



Ramai kawan-kawan saya yang bertanya tentang isu ini esp yg baru menjadi ibu dan bersemangat untuk membuat stok ebm buat anak-anak tersayang.. 




Kawan-kawan juga boleh rujuk pada buku 'Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Berkerjaya' namun, info di bawah juga lengkap dan menjawab soalan-soalan lain yang bermain di fikiran ibu..


Soalan 1:
Berapa lama susu saya boleh bertahan:-
a) Suhu Bilik
b) Peti Ais (Satu Pintu)
c) Peti Ais Bawah ( 2 Pintu)
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu)
e) Deep Freezer

Jawapan :
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di Malaysia dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais...banyak pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini, jadi jawapan ummi ini telah ummi sesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga base pd kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman ummi sendiri (setelah dibuat experiment n error berkali2)...so inilah jawapan ummi yang ummi rasakan paling sesuai :-

a) suhu bilik - bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja (ummi dah buat experimen pun sbb ummi expressing pumping...
b) Peti Ais (1 pintu) - bertahan paling lama adalah 2 minggu sahaja...kerana suhu bg peti ais satu pintu tidak sama dengan yg 2 pintu..Ini kerana peti ais 2 pintu jika di buka pintu bwh, susu di bhg atas tidak berubah sedangkan peti ais satu pintu merangkumi kedua2 bhg sekaligus...
c) Peti Ais Bawah (2 Pintu)- bertahan paling lama 72 jam tetapi ummi lebih suka amalkan 48 jam sahaja.
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu) - bertahan paling lama 3-6 bulan (bergantung kepada kekerapan membuka pintunya...semakin kerap semakin kurang jangka hayatnya..ummi ambil 3 bulan sahaja...
e) Deep Freezer - bertahan paling lama 6-12 bulan (lamakan...subhanallah)...juga bergantung kepada kekerapan pintunya di buka...* setiap kali peti ais dibuka suhu akan berubah..

Dan just tambahan, susu dari freezer yang telah di cairkan (thawed)...hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair sepenuhnya...dan apa yg ummi paparkan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja...apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak berubah rasa(kita lbh tau dah basi ke belum)...so, walaupun sudah terlebih tarikh ianya masih selamat digunakan, insya allah...Dan harus juga ummi ingatkan bahawa susu yg di simpan di bahagian dalam peti ais lbh better dr yang di simpan di tepi pintu peti ais...

Soalan Kedua :-
Berapa lama susu yang telah di panaskan boleh di gunakan?

Jawapan :-
Ummi lebih suka bahagikan kepada 2 keadaan :
a) Susu fresh (susu yg di sejukkan di bahagian bawah) - (selepas di panaskan) jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam dan jika baby tak minum lagi, bertahan 3-4 jam..
b) Susu beku (Thawed) - (selepas di panaskan) - bertahan sejam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang...

Susu yang telah diminum baby tidak boleh di gunakan semula kerana air liur/siliva baby juga ada bacteria dan enzyme...dan mengapa susu beku bertahan sekejap berbanding susu fresh...kerana proses pembekuan tuh sebenarnyer mengubah/memusnahkan beberapa komponen dlm susu...

Soalan ketiga:-
Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?

Jawapan :-
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan..dan sekiranya ingin memudahkan kerja boleh juga di panaskan menggunakan warmer...dan harus ummi ingatkan JANGAN panaskan susu dengan merebus susu dengan air yg menggelegak,menggunakan microwave dan melebihi suhu 70 degree celcius...ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu tersebut...

Soalan ke empat :
Boleh kah saya mencampur2kan susu jam 2 ptg dengan 6 ptg??

Jawapan :-
Sebenarnya ummi tidak berapa advise untuk susu di campur2kan...tetapi sbg panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama...kdg2 sedikit2 dan adakalanya banyak...so, jawapan ummi ialah BOLEH...syaratnya susu2 yg di campurkan itu hendaklah dalam tempoh 24 jam sahaja (maksudnya masa perahan tarikh yg sama-24jam)..dan syarat kedua susu yg baru di perah hendaklah di sejukkan terlebih dahulu dalam bekas lain sekitar 2-3 jam...apabila suhu kedua2 susu yg ingin di campurkan tersebut telah sama...baru lah boleh di campurkan kedua2nya...

Soalan kelima :-
Bolehkah susu yg saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya minum...tetapi tidak habis...bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan???

Jawapan :-
Actually ummi tidak begitu menggalakkannya tetapi base pd experience ummi sendiri..BOLEH...syaratnya begini...(untuk mudahkan kefahaman ummi bg contoh ye)..kita pam dapat sekitar 4 oz...asingkan 2 oz untuk anak minum dan 2 oz standy(kalau tak cukup)...so, susu yg belum di minum ini masih boleh di sejukkan dan di panaskan semula untuk di gunakan...dan bg yg telah di minum..ummi tak galakkan...sbb campuran air liur baby turut mengandungi bakteria dan enzyme...so, kita lbh tau banyak mana anak kita perlukan...asingkan siap2 ok...



Happy Breasfeeding
 =)

SUSU MAKIN PEKAT


  • Suaida Binti Mohamad
    suke baca pengalaman org ttg shaklee... hr ni br terbuke nk share dgn semua kwn2 kat sini. b4 ni..kalu pam susu mesti mula2...susu yg kuar tu nampak cair...after 2 to 3oz..br kuar yg pekatnye. terbuke pintu ht nk try set b lps bc kat laman kak Norita Mohd Idris n kebetulan kalsium saya dah hbs...so sy order set b then ostematrix... dan sekarang....hihihi...xyah tggu sampai 3oz....xsampai 1oz..susu yg kuar pekat comel je....Alhamdulillah. time kasih kak N.

Friday 13 January 2012

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Shaklee Energizing Soy Protein 
- Delivers sustained Energy, with Highest Quality Planet- Based Protein Available

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi.
Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadirendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting.  

Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya
  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tinggi dengan kandungan 14g protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imum, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatab jantung dan prostat
Siapa yang sesuai amalkan ESP ini?
  • Ibu yang sedang mengandung
  • Ibu yang sedang menyusukan anak
  • Mereka yang ingin badan yang lebih sihat, kekal bertenaga, kulit yang lebih cantik dan anjal.
  • Seisi keluarga juga boleh amalkannya.
TESTIMONI :

  • Adeline Ibrahim ESP Terbaik!! Produk makanan tambahan yang paling laris.Saya telah mencuba sendiri..Alhamdullilah..Bertenaga Walaupun Mengandung. Boley melakukan Kerja Rumah Tanpa Rasa penat~~ Mula2 Tak Perasan..Bila pikir2 balik..minggu lepas nak kemas rumah bukan main penat dgn pinggang yg sakit..tp setelah consume ESP dlm seminggu ni..Alhamdulillah..Mengemas+Memasak+Menyidai+Mengemop+Menyental takde pulak sakit2..Mari2 Rakan2 Jum Beli ESP!!!
    *Dapatkan tips dan resepi cara menyiadakan esp ini dari pengedar anda.
    Untuk pertanyaan tentang produk atau pesanan, boleh email kepada saya ainani85@yahoo.com atau sms saja saya di talian 0194511906 untuk maklum balas segera.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

SUSU MERUDUM

Sumber : Facebook Shaklee GBS


Anis Yuhanis
br2 ni susu mrudum..kwn syorkan mkn trial pack tuk breastfeeding mom..mkn x smpai sminggu, susu makin banyak n lebih pekat..suka sangat.. :)
smlm, skali pam dpt 9 oz,sblm ni klau pam cuma dpt 4oz je.tqvm dear coz pkenalkn produk yg best ni..TQ ATIE YC, CHRYSALIS NURUL.. :)

BLEEDING, HORMON TIDAK STABIL

Sumber : Facebook Shaklee GBS



  • Zamzalina Samsuddin

    Just utk share.kegembiraan saya...bleeding selama 6 bulan amat menakutkan saya..berkali2 jumpa doktor dan wat test Paepsmear..result Ok..negative dr kanser. tp darah tetap keluar sehingga nak solat pun terpaksa cuci dan tukar semua..sangat menguji kesabaran saya. Rupanya hormon saya tk stabil. Doktor gomen suggestkan utk saya cari suplement seperti EPO atau seumpamanya. Dalam masa yang sama saya mengidap ekzema yang menyebabkan lepuh kedua tapak tanga dan kaki ...boleh saya katakan 2011..dugaan bagi saya..kerja terjejas sebab selalu MC, buat kerja rumah terpaksa pakai sarung tangan begitu juga dekat ofis..sebab kulit mengering dan merekah...lepas tu berdarah..sakitnya Allah sahaja yang tahu..(nasib boss sporting support beli glove buat stok)badan pun lemah lesu..Suatu hari saya terbaca pasal Shakleee dari (Cery MamaFaiz ) lama juga ingin mencuba..akhinya tergerak juga hati utk try..tk kisah dah pasal harga..sebb kesihatan lebih utama..sama juga nilainya dgn beli shaklee..Saya cuba GLA + Meal shake + ESP + Nutriferon ..Alhamdulilah gerak hati saya benar..Allah dh tunjukan jalan utk selesaikan masalah saya..FREE dari bleeding dan ekzema semakin hilang ...hanya tinggal..parut2 sahaja..syukran Ya Allah.dan terima kasih Shaklee.

TESTIMONI SAYA SENDIRI =)




Siti Ainani
Bile amik set b,esp,oste susu mkn berlemak..creamy,yellowish gitu.. mmg nmpk beza lapisannye sampai suami pn perasan..die kate kalo susu tepung x de mcm tu..tp yg sy br sedar, susu tu nampak sgt berlemak @mcm berminyak gitu..bb minum sket pun kenyang sbb bile amik bb dr umah pengasuh, mst ade baki ebm yg x abis..ml2 risau jg bile tgk botol susu tu mcm berminyak je kan.. tp bile fikir blk, susu bdn kn..bkn campur pape pun..so mst safe punye la..mknenye susu tu mmg berlemak n creamy la..sgt suke



* ni testimoni dari saya.. perubahan sebelum amik set b dan selepas amik set b.  sebelum ni, saya cm amalkan esp + ostematrix je... badan pun lbh bertenaga ye..

PERUBAHAN SELEPAS 3 HARI

  • Sumber : Facebook Shaklee GBS

    Aisya Rafie
    baru 3 hr mkn shaklee..alhamdulillah..skali perah dpt 4 oz..sblom ni nk dpt 1 oz pun susah..hope lps ni dpt tmbh lg stok susu..aminnnn