Saturday 17 March 2012

BOTTLES, BEAKERS & CUPS

Ha.... maklumat ni saya br tau...
Irfan anak sulung saya tu, dh 2thn, tp kalau minum susu, still nk minum dlm botol susu..
Kalau bg susu dlm cawan..ha..jawabnye x kan abis la..
Sedap agaknye dapat nyotnyot je puting tu kan..
cuma jangan biarkan anak anda hisap puting sambil dia tidur ye.. 
Bila die dah tertidur, perlahan2, tarik puting tu keluar.. Dr gigi kata, x elok utk perkembangan gusi dan gigi anak ye.. boleh jadi jongang anak.. n mungkin juga menyebabkan anak pelat dan labat bercakap..

Huhu.. macam mana nak ajar Irfan ni minum susu guna cawan ye..
Fikir.. fikirkan..

4 DAYS RULE

Sumber : Group HSFFYB

Bagi ibu-ibu yang pertama kali nak bagi baby anda makan, peraturan ini boleh dijadikan rujukan.

4 days rule @ Peraturan Tunggu 4 Hari

"Peraturan Tunggu 4 Hari" adalah satu cara yang benar-benar mudah untuk memeriksa tindak balas sistem pencernaan bayi terhadap pengenalan kepada makanan baru seperti sensitiviti makanan atau alahan makanan.

Ingatlah bahawa makanan juga boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sakit perut, kembung dan sembelit. Cara mengamalkannya ialah memperkenalkan makanan baru, satu makanan pada satu masa dan berturut-turut selama 4 hari. Sebagai contoh, bayi diperkenalkan kepada avocado pada hari Isnin dan kemudian menunggu sehingga Khamis ini untuk diperkenalkan kepada makanan lain - contohnya apple. Maka pada hari Jumaat bayi boleh mencuba apple.

Apabila anda memperkenalkan makanan baru sepanjang beberapa hari, anda lebih berupaya untuk menentukan dengan tepat tindak balas sistem pencernaan bayi terhadap makanan tersebut. Ia adalah penting untuk mengikuti perintah "tunggu empat hari" apabila memperkenalkan bayi anda untuk makanan pepejal yang baru, terutamanya diperingkat awal. Ianya PALING PENTING jika anda dan / atau ahli keluarga anda mempunyai sejarah alergi makanan.

Selepas empat hari menunggu dan memperkenalkan makanan baru pada satu-satu masa juga akan membolehkan anda dengan mudah memulakan "diet penyingkiran" jika berlaku sebarang reaksi . Jika anda mengesyaki bayi anda mempunyai tindak balas kepada makanan baru, anda akan BERUPAYA MENENTUKAN makanan yang menjadi penyebabnya.

4 days pertama : 1 type of fruit (contoh apple)

5-8th day : apple (apple sauce) + bubur beras 0

9-12th day : 1 type of new fruit (contoh pear) with bubur beras 0 atau oatmeal

13day : apple sauce + pear puri + bubur beras 0 (i call this "waktu rehat" hehe)

14th day : apple sauce + pear puri + oatmeal (i call this "waktu rehat" also)

15-19th day: 1 type of new fruit (banana) + bubur beras 0 atau oatmeal

20th day : banana puri + apple sauce + bubur beras 0 atau oatmeal

21th day : banana puri + pear puri + bubur beras 0 atau oatmeal

22-25th day : 1 type of vege (contoh peas) + bubur beras 0 atau oatmeal

26th day : combo apple sauce + peas puri + oatmeal ("waktu rehat")

27th day : combo apple sauce + peas puri + bubur 0 ("waktu rehat")

28-31th day : 1 type of new vege (contoh carrot) + bubur beras 0 atau oatmeal


dan seterusnya - means dalam 1st month 1 manage to intro

2 jenis grains

at least 2 jenis new fruit and 2 new vege

Contoh dalam bentuk jadual :


JENIS MAKANAN MENGIKUT UMUR BAYI

Lagi maklumat mengenai pemakanan utk baby anda.
Sumber dari group HSFFYB

Pastinya anak anda akan lebih menghargai, menyayangi anda kerana sentiasa menyediakan makanan yg terbaik, berkhasiat dan semestinya, hasil air tangan  anda sendiri..
Mudah-mudahan lembut hati mereka, membesar menjadi anak yang soleh solehah.
Tips : sambil masak2 tu, jgn lupa baca Bismillah, Selawat ye..

Happy sharing =)


JENIS BUAH DAN SAYURAN YANG SESUAI UTK BABY ANDA

Salam semua.

Sekarang ni, Sarah dh masuk 6bulan.. Alhamdulillah masih dapat menyusu badan lagi dan boleh mula amik solid food. Seronok sangat tgk dia makan apa saja yg kita bagi, dan semestinya kita nak anak kita dapat yg terbaik dan berkhasiat kan. (Ni tgh mood semangat memasak dan buat stok puree n bubur utk anak ye)

Jadi, kita boleh la buat makanan sendiri utk anak kita. Memamng mudah utk membeli makanan baby yg tersedia kat pasar2 n supermarket tu. tp kita sendiri x tau sejauh mana proses yg telah dilalui n khasiatnye juga x setanding yg kita masak kan. 

Saya juga ibu yang bekerja, jadi hukung minggu la masa yg sesuai untuk buat kan stok makanan utk anak2 supaya mudah nk buat bekal utk antar ke bs setiap hari.

Di bawah ni lampiran yang di ambil dari group HSFFYB mengenai jenis-jenis buah dan sayur yang sesuai untuk baby mengikut peringkat umur nya.  Bagi ibu-ibu baru, mst x tau apa nk bg pada anak yg mula nak belajar makan kan.. takut alergic, perot kembung atau x sesuai utk peringkat umur die.
Nah, saya sediakan untuk kita share sama2 ye..





Friday 9 March 2012

BUBUR NASI

credit to : ibucergas.com


Makanan Bayi :Penyediaan Bubur Nasi dari Frozen Solid Food

Salam, kali ni saya mahu kongsikan bagaimana saya memasak makanan bayi untuk Iman tanpa membazirkan begitu banyak masa. 5 minit sahaja diperlukan untuk memasak bubur Iman. Bubur nasi Iman dimasak menggunakan resipi berikut:
Resipi bubur nasi untuk ibu bekerjaya (bekerja + berjaya? .. =D kekeekek)
  1. Basuh beras (dalam anggaran untuk kegunaan seminggu), kemudian toskan. (boleh juga sangan @ goreng kering dalam kuali tanpa minyak sehingga agak2 keputih kuningan)
  2. Kisar beras tadi sehingga halus.
  3. Masukkan ke dalam bekas kedap udara (Tupperwar ke Tipuware ke…asalkan kedap..ngee)
  4. Simpan di dalam fridge untuk mengekalkan kesegaran.
  5. Setiap pagi, sudukan kuantiti beras kisar tadi ke dalam periuk, dan dicampur air.
  6. Masak lebih kurang 5 minit atau sehingga membentuk bubur seperti gambar di bawah.
Bubur nasi yang siap dimasak
Kemudian pilih buah-buahan dan sayuran pilihan hati
Campurkan ke dalam bubur. Di dalam bubur nasi ini, saya masukkan puree kiub lobak, brokoli dan keledek merah (keledek manis).
Kacau sehingga sebati…siap~!!!
Mudah bukan? kini, tiada alasan lagi untuk tidak memasak. hehehe…oleh kerana Iman dijaga nenek dan toknya, bubur Iman tidak perlu dimasukkan ke dalam flusk. Hanya perlu dipanaskan apabila perlu.
Selamat mencuba~!!!

CARA MENGENDALIKAN FROZEN PUREE

CREDIT TO : IBUCERGAS.COM


Salam,
Kali ni saya nak kongsikan sedikit kesilapan saya dalam menyediakan puree bayi yang dibekukan. Klik di sini untuk cara-cara penyedian makanan puree bayi. Setiap penyediaan makanan bayi adalah kritikal (sebenarnya setiap penyediaan makanan untuk orang dewasa juga penting). Tetapi disebabkan perut bayi lebih sensitif dan masih berkembang, adalah perlu untuk lebih berhati-hati. Saya akui, saya juga banyak membuat kesilapan. Huhu… lepas memaksa diri baca dan baca, barulah sedar kembali, dan betulkan kembali kesalahan itu. Apa dia kesilapan saya?
Kesilapan saya adalah:
  1. Apabila saya membuat puree bayi, saya masukkan puree tersedut ke dalam bekas ais yang tidak mempunyai tutup. Oh, ini salah ye kawan-kawan. Sepatutnya anda masukkan ke dalam bekas ais yang mempunyai penutup supaya tiada bakteria berpeluang masuk ke dalam puree semasa proses pembekuan di dalam freezer.
  2. Saya tidak membuat label tarikh kepada makanan beku bayi. Oh, makanan bayi yang telah dibekukan haruslah digunakan dalam tempoh sebulan sahaja paling lewat ok.
  3. Jangan letak dalam bekas plastik seperti di bawah ni (kesilapan lepas… hehe). Ini kerana setiap kali penyediaannya, anda perlu cairkan terlebih dahulu, dan kemudian ambil sedikit bahagian untuk digunakan, kemudian simpan kembali ke dalam freezer, yang mana membuatkan makanan bayi beku tersebut lebih banyak terdedah kepada perubahan suhu yang melampau, meningkatkan risiko pembiakan bakteria. Pastikan untuk membekukan makanan bayi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit supaya mudah diambil untuk setiap hidangan.  Contoh, satu kiub untuk satu hidangan.

Kesilapan saya yang dahulu. Huhu.>
>
Ini juga cara yang salah ye puan-puan. Puree sepatutnya dimasukkan ke dalam bekas ais bertutup.
>
>
Maklumat tambahan untuk penyediaan makanan beku bayi (yang saya tak buat silap, hehe).
  1. Makanan puree bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam fridge (peti sejuk bukan freezer) maksimum selama 48 sahaja. Sebaiknya terus masukkan ke dalam ruang freezer.
  2. Sekiranya anda mahu sejukkan makanan bayi sebelum mengisar menjadi puree, pastikan tidak melebihi 2 jam di dalam suhu bilik, kerana dikhuatiri akan membiakkan bakteria ke dalam makanan. Pastikan bekas makanan sentiasa bertutup.
  3. Jikalau mahukan makanan segar buat bayi anda, yang mana anda tidak mahu bekukan makanan tersebut, buatlah setiap hari. Ini applicable untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah ya. Lebih sihat gitu. Bukankah bila kita tidak bekerja, seharusnya semua adalah lebih baik dan lebih berkualiti. Ya, masa berkualiti untuk anak, makanan berkualiti untuk anak, pendidikan rumah (informal dan formal) yang lebih berkualiti untuk anak-anak. Jangan pulak terbalik ye. Hehe. Perlu diingat, makanan air tangan ibu yang dibekukan adalah lebih baik dari instant baby food di pasaran.
  4. Kebaikan menyimpan makanan bayi beku ni ialah sekiranya bayi anda menolak makanan tersebut, anda boleh cuba memasukkan resepi makanan tersebut mungkin seminggu atau 2 minggu selepas itu. Yelah, mana tahu tiba-tiba bayi anda tukar selera kan? Hehe

SOLID FOOD FOR BABY

Koleksi Makanan Bayi Buat Cik Iman.
Salam semua,
Sudah lama tak update tentang makanan bayi buat Cik Iman. Iman masih makan makanan buatan tangan Mama Iman. Cuma kerana umurnya sudahpun hampir 10 bulan, beliau perlukan lebih dan lebih nutrisi. Ayam juga sudah dimasukkan ke dalam menu Cik Iman. Ayam, daging, dan ikan merupakan sumber zat besi, vitamin B, zink, magnesium dan protein yang diperlukan untuk pertumbuhan. Pilih daging yang tiada lemak, dan buang bahagian-bahagian yang berlemak seperti kulit dari menu bayi.
Makanan bayi beku atau frozen solid food sangatlah praktikal buat ibu-ibu yang bekerjaya. Cuma luangkan 1 jam waktu hujung minggu anda, untuk menyediakan makanan beku bayi yang kemudiannya dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi setiap pagi sebelum ke pejabat. Proses masa diambil hanyalah 5 minit sahaja. Tidak tahu caranya? Klik sahaja di sini untuk membuat puree kurma dan bagaimana untuk mencampurkan puree ke dalam bubur bayi. Bagaimana ayam disimpan sebagai makanan bayi beku? Prosesnya sama sahaja.
Penyediaan Ayam Beku untuk Makanan Bayi (9 bulan ke atas)
  1. Ambil bahagian daging ayam yang tidak berlemak, buang kulit dan tulang.
  2. Rebus sehingga empuk dan lembut, minimumkan penggunaan air semasa merebus.
  3. Kisar sehingga halus bersama air rebusan.
  4. Masukkan ke dalam bekas acuan ais.
  5. Bekukan semalaman.
Inilah hasilnya.
Ketulan ayam yang sudah dibeku dan diasingkan ke dalam bekas. Sedia  untuk dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi.
Di sini saya kongsikan penyediaan puree epal yang dahulu menjadi alergi kepada kulit Iman. Saya ingin mencuba kembali menu epal ke dalam makanannya, dan perhatikan tindak balas tubuh Iman, muncul ruam kembali di pipi ataupun tidak.
Rebus epal yang telah dikupas kulitnya sehingga lembut. Tidak perlukan air yang banyak.
Puree epal dan puree lobak yang sedia untuk dibekukan (eh..tiba-tiba ada puree lobak pulak – hehe). Masukkan ke dalam tray acuan ais yang bertutup. Sangat praktikal. Acuan ais ini boleh didapati di Giant, berharga RM4 setiap sepasang. Hehe.

Cantik kan? Puree lobak yang telah baru dibekukan, dipindahkan ke dalam bekas bertutup lain supaya bekas ais tadi dapat diguna untuk membuat puree yang lain. Takkan nak beli berdozen-dozen. Tercekik saya.
Puree Epal

Puree Keledek Merah
Puree Brokoli
Menyusun Menu Bayi Anda
Bagaimana? Saya pelbagaikan jenis menu Cik Iman. Kadang-kadang saya campurkan buah-buahan tanpa sebarang ayam. Kadangk-kadang ayam dan sayur semata. Saya buat begini supaya Iman tidak bosan makan benda yang sama setiap hari.   Contoh seperti berikut.
  1. Isnin: Bubur Nasi Putih + Brokoli + Ayam + Lobak Merah
  2. Selasa: Bubur Nasi Putih + Keledek Merah + Kobis Bunga
  3. Rabu: Bubur Nasi Putih + Lobak Merah + Ayam + Bayam
  4. Khamis: Bubur Nasi Putih + Epal + Brokoli
  5. Jumaat: Bubur Nasi Putih + Keledek Merah + Bayam +Ayam
  6. Sabtu & Ahad: Banyak Kombinasi, sebab berada di rumah, jadi kadangkala beri pisang, betik, yang dijadikan finger food. Nasi juga tak lupa.
Campuran bubur nasi
Garam dan gula tidak dicampurkan sama sekali. Sekiranya bayi anda telah dimulakan pemakanannya dengan bubur segera di pasaran, hampir mustahil untuk bayi anda menerima makanan homemade yang tawar seperti di atas kerana sudah terbiasa dengan perisa tambahan, garam dan gula yang terdapat dalam bubur segera bayi. Oleh itu, mulakan pemakanan sihat bayi anda sedari awal, iaitu jangan mengenalkan langsung garam dan gula pada makanannya. InsyaAllah kerana sudah terbiasa dengan makanan terbabit, sehingga ke besar mereka tidak menyukai makanan terlebih garam dan gula.
Untuk memberi rasa  manis pada bubur, pastikan elemen manis itu datang dari buah-buahan seperti epal, kobis bunga dan juga lobak merah. Boleh juga ditambahkan susu ibu untuk rasa lemak berkrim. Malah, susu ibu juga manis rasanya dan memberikan rasa biasa pada lidah bayi. Jika inginkan rasa masin, cukup hanya dengan menampah serbuk ikan bilis, sedikit sudah memadai. Cik Iman tak berapa suka ikan bilis. Hehe. Tapi masih makan juga lah. Malah, Cik Iman boleh jek terima makan bubur nasi putih, ayam dan bayam begitu sahaja.
Finger food? Saya bukakan baju Iman, bentangkan plastik alas meja di lantai, dan beri Iman betik masak yang ranum untuk dipegang dan dieksplore. Pernah juga buat dengan biji buah mangga yang masih ada isi-isi terakhir. Pastikan anda sentiasa pantau setiap sesi makan supaya insiden seperti tercekik makanan tidak beraku.
Selamat Mencuba.