Wednesday 16 May 2012

Friday 11 May 2012

MADU


KENAPA MADU TAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BABY

KENAPA MADU TAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BABY


Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

Kenapa tidak selamat?
Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu “botulism”?
Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simtom-simtom:
1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan
Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

ANAK BATUK N SELSEMA


erm... Irfan n sarah ni mmg jarang demam.
Tapi Irfan senang kena selsema n batuk (kalo batok n menangis plak boleh sampai muntah2)
Sarah plak ade la batuk n kahak sikit2..

Kalau ikutkan, Klinik Kesihatan mmg x akan sarankan baby di bawah umur 1 tahun untuk diberikan ubat batok..
Tapi kalo klinik swasta n pakar, doc bg je tapi pada dos yg kecil la..

Petua dari mak plak, suruh makan madu.. untuk cairkan kahak..
Fish Oil pun bagus jg untuk elakkan radang paru2.. tp (unur 2 tahun ke atas ye)
Untuk madu plak ade artikel yg saya baca elakkan untuk baby di bawah 1 tahun.
(nnt saya update kan ttg entry madu ni)

So mengenai hal anak2 batuk ni,
di sini saya share kan anda, apa yg saya dapat ye.. wat rujukan untuk kita semua

http://shehanzstudio.blogspot.com/2011/10/anak2-flu-batuk-ada-bagusnya.html

http://shehanzstudio.blogspot.com

http://www.facebook.com/groups/solidforbaby/doc/184067135034953/


SARAH @ 7M+

Salam semua..

lama rasanya tidak menghadap blog ni..
sibuk dengan tuntutan kerja dan anak2 di rumah..
Irfan n sarah dah makin lasak..
Sarah dah masuk 8 bulan.. dh belajar nk memanjat n nk merangkak..

 ngee... dah pandai duduk....

 Sarah at 7m+

Alhamdulillah.. masih sepenuhnya menyusu badan... nasib baik stok ebm yg dibuat masa pantang dulu banyak.. so bile time susu drop ni, ade la cover...
Berat di usia 7m+ (menghampiri 8 bulan) ni 6.1 kg.. mmg x byk peningkatan.. kalo compare dgn baby seangkatan denganya, sarah ni kategori kecik jg la.
Tapi alhamdulillah.. sihat, aktif, lasak n bising jg la..
Kesihatan mmg di tahap optimum, cuma kadang2 batuk2 je la..

Mula dari 6 bulan, Sarah dh mula makan.. 
Dan sekarang dah hampir 2 bulan, x pernah lagi try nestum kat pasaran.. sume nye ibu masakkan sendiri (selain biskut2 yg di jual kat pasaran la..)
Bubur oat, beras perang + puree buah n sayur..
Sekarang dh bole makan ikan n ayam.. lg bertambah suke la Sarah..
Makan mst berebut dua beradik ni..
X kisah la.. asalkan sume makan, n sihat2 belaka...

Cant wait for Raya tahun ni.. sbb sarah dah boleh pakai baju kurung ok.. 
And ibu nak tempah baju kurung nursing spy mudah nk susukan sarah masa jalan2 nnt..

Ngeee... =D

Salam Sayang buat semua..
Salam Pagi Sabtu juga...