Sunday 15 January 2012

PERBEZAAN SUSU BADAN DAN SUSU FORMULA




 Antara kandungan di dalam susu ibu berbanding dengan susu formula..


Adalah hak setiap bayi menikmati susu ibunya sendiri.  Terbukti anak-anak yang diberi susu ibujauh lebih sihat, lebih bijak, lebih gembira dan ceria serta lebih berkeyakinan.  Sememangnya susu ibu merupakan susu yang terbaik di dunia, kemudia baru lah susu kambing.  Ini kerana, kandungan nya yang kompleks tidak dapat ditandingi oleh mana-mana susu formula sekali pun.

Maka, tepuk dada, tanya lah diri anda sendiri.  
Apabila anda ingin menyusukan anak anda sendiri (nikmat yang paling berharga pada saya), niat lah dari awal, semenjak di awal mengandung lagi..  Dan jangan sesekali mengatakan bahawa susu anda tidak ada, susu tidak cukup atau anak tidak mahu kan susu anda.

Hakikatnya, telah tersedia makanan yang paling baik untuk mereka yang di anugerahkan oleh Allah..  Di awal kandungan 3bulan lagi, susu badan sudah mula terbentuk..  Apabila lahir saja mereka ke dunia, telah tercipta kolestrum (susu pekat betwarna kuning) yang sangat baik untuk imunisasi bayi, dan bayi ketika itu hanya memerlukan sikit sahaja susu ibunya untuk dia kenyang kerana perut bayi tidak lah sebesar mana.
Dan susu ibu akan terus tersedia untuk keperluan bayi semenjak dia lahir hinggalah dia membesar seiring dengan keperluannya.  
Janganlah katakan bahawa susu anda tidak ada, sebaliknya, carilah ilmu untuk memastikan susu anda akan terus kekal tersedia untuk si manja sehingga mereka bercerai susu.

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.

Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6bulan.

Ini bermakna dari lahir sehingga 6bulan bayi :
- diberi susu ibu sahaja
- tidak perlu air atau susu tambahan
- tidak perlu makanan pelengkap.


" Apakah redha hai golongan wanita,
bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya yang telah dinikahi dengan halal, Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang berjihad fisabilillah.
Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya, maka ia dapat pahala yang banyak sehingga manusia tidak mengerti berapa banyakknya pahala itu.
Apabila telah lahir lalu disusui, bagi ibu itu setiap teguk dari susunya, Allah memberi dia pahala satu kebaikan.  Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah"

Mudah-mudahan, kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki anak untuk terus menikmati susu ibu sehingga berumur 2 tahun...

Happy Breastfeeding

No comments:

Post a Comment