Saturday 28 January 2012

BERAPA BANYAK SUSU YANG BAYI PERLUKAN

Salam sayang buat semua.

Mungkin ada ibu yang tertanya-tanya, berapa banyak yang anak kita minum ketika menyusu atau berapa banyak susu yang diperlukan ketika mahu menghantar anak ke nursery @ baby sitter.  
Jika kita suri rumah, yang sememangnya hanya direct feeding saja, perkara ini mungkin tidak menjadi isu..
tapi bagi ibu berkerjaya, sedari dalam pantang lagi, atau 2weeks before nak masuk kerja semula, ebm @ susu perahan sudah perlu ada dalam simpanan, dan ada yang pening memikirkan berapa banyak ebm yang diperlukan sehari, berapa banyak yang di minum setiap kali menyusu, dan cara pemberiannya.

Jadi, di sini, share sedikit info yang saya dapat melalui pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri.

Tips :

  • Mulakan membuat sesi perahan @ stok semenjak awal lagi iaitu ketika dalam pantang
Ketika dalam pantang, jika anda perasan, susu sememangnya tengah banyak, baju sentiasa basah bila anak menyusu di satu belah.  Jadi tak salah, jika ketika pum sebelah lagi, ketika anak menyusu yang sebelah lagi. Anda akan terkejut dengan hasilnya nanti.   Boleh mulakan membuat perahan dari 2 minggu selepas bersalin, dan selewat2 nya, 2 minggu sebelum mula bekerja.

  • Bangun malam untuk menyusukan sambil membuat perahan.
  • Pum setiap 2-3 jam sekali 
  • Pum sebelah lagi, jika anak hanya minum di satu belah sahaja
  • Pum hingga payudara benar-benar kosong, jika anak minum sedikit sahaja ketika itu
  • Mulakan mengajar anak anda menggunakan puting botol dan minum ebm ketika di usia 1 bulan, sekali sekala, jangan terlalu lewat, untuk mengelakkan anak reject puting@ebm bila dihantar ke rumah bs




" In exclusively breastfed babies, milk intake increases quickly during the first few weeks of life, then stays about the same between one and six months (though it likely increases short term during growth spurts). Current breastfeeding research does not indicate that breastmilk intake changes with baby's age or weight between one and six months. After six months, breastmilk intake will continue at this same level until -- sometime after six months, depending in baby's intake from other foods -- baby's milk intake begins to decrease gradually "

Maklumat lanjut, klik di sini.

credit to : mummy luna 

Kebanyakan ibu yang merasakan dirinya mempunyai masalah penyusuan sebenarnya bukan bermasalah
Walaupun sebenarnya sesi kaunseling memerlukan saya bersama dengan ibu itu sekurang kurangnya 15-30 minit untuk memahami situasinya
Kadang kadang masa terluang seminit dua di telefon sudah memadai
Bila ibu mengadu yang dia penat mengepam dan masih tidak dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anaknya
Katanya susu itu ‘sikit’ jika dibandingkan dengan jumlah yang diminum oleh anaknya semasa beliau berkerja
Setelah semua minuman/makanan penambah susu diambil
Dan semua usaha telah dilakukan, namun tidak berjaya juga ‘membanyakkan susu’
Biasanya ibu memilih beralih kepada susu formula, walaupun ianya bukanlah penyelesaian (dan mungkin membawa banyak masalah lain)

Saya merasakan ianya adalah suatu isu kuantitatif dimana berapa ‘banyak’ ialah ‘banyak’ dan berapa ‘sikit’ ialah ‘sikit’ mengikut definisi masing masing

Rata rata ibu mahukan jawapan dalam bentuk angka seperti “pam susu 20 minit sebelah payudara” walau jawapan sebenarnya ialah 
“pam/perah susu sehingga payudara kosong”
Dan “anak minum 3 oz sekali” berbanding hakikatnya “anak minum mengikut kehendaknya dan berbeza beza”

Ok, saya ringkaskan
Secara puratanya, 
bayi dibawah 6 bulan akan minum susu dalam 19 ke 30 oz sehari siang dan malam
Katakan bayi minum 10 kali sepanjang hari (dibawah 6 bulan)
Jadual acik Sue buat sendiri (anggaran 2-3 jam sekali minum) – semasa ibu outstation sepanjang hari :
(1) 7 pagi
(2) 10 pagi
(3) 1 tgh
(4) 4 ptg
(5) 7 ptg
(6) 10 mlm
(7) 1 mlm
(8) 4 pagi
(9) & (10) reserve untuk jadual yang mungkin lari
Mengikut kira kiranya, bayi anda akan minum 2.5 oz (paling banyak 3 oz) sekali minum
Iaitu 25 oz ke 30 oz sehari
Baiklah, katakan anda meninggalkan bayi sepanjang berkerja (12 jam)
Jumlah yang ditinggalkan sepanjang bayi di rumah pengasuh/nursery ialah 12.5 oz sehingga 15 oz sahaja
Iaitu 5 botol yang berisi 3 oz susu setiap satu
Dan jarang kita meninggalkan anak selama 12 jam (bagi yang berkerja 8 jam sehari, 1 jam lunch, 1 jam travel jadi lebih kurang 10 jam)
Ianya tidak perlu  sebanyak yang disangkakan kan
3 oz memadai untuk fungsi normal tubuh bayi anda

Cadangan:

  • Sekiranya anda meninggalkan bayi anda pada pukul 8 pagi, susukannya terlebih dahulu
  • Beritahu pengasuh bahawa susu yang sudah dipanaskan (3 oz) tahan selama 2 jam
  • Usah paksa bayi menghabiskan kesemua susu tersebut serentak, simpan susu ditepi dan offer lagi bila bila perlu
  • Gunakan cup kecil, picagari mahupun sudu untuk lebih mudah mengawal kuantiti susu yang anak akan minum
  • Jika memilih menggunakan botol, gunakan puting bersaiz paling kecil dan jangan tukar saiz puting walaupun bayi sudah besar
  • Minta pengasuh untuk mengelakkan memberi bayi minum susu setiap kali dia ‘berbunyi’, sebaliknya tukar lampinnya (jika basah), angkatnya (jika bayi bosan) etc etc, tepuk2 perlahan untuk menenangkannya 
Bayi berusia 6 bulan keatas akan mengambil susu yang lebih kurang begitu juga bagi bayi yang diatas satu tahun
Dan jika bayi anda minum kurang sepanjang siang, mungkin beliau adalah jenis Reverse Cycling dimana dia suka minum dengan banyak secara terus dari ibunya (pada waktu malam)
Jangan susah hati ya!
Teruskan menyusui, doa saya bersama anda!
(Perhatikan perkembangan kecergasannya begitu juga keadaan kesihatan bayi anda ya)



3 comments:

  1. memang bila difikirkan,menyusukan anak agak memenatkan berbanding pemberian fm tapi lebih berbaloi dan berpuas hati menyusukan anak dengan susu sendiri
    nak yg terbaik, kena la rajin sikit kan

    ReplyDelete
  2. Anak sy 9bulan susah sgt nk mnyusu botol kt pgasuh sejak akhir2 ni.. dlm 6-9oz je sblm ni 14-17oz.. sy sgt risau tu yg sy google jmp kt sini.. mlm dia mnyusu direct.. Alhamdulillah smp skg masih full bf..

    ReplyDelete