Wednesday 25 January 2012

GROWTH SPURT


Bagi ibu-ibu yang menyusukan si kecil mereka, ada hari-harinya yang mungkin akan memeningkan kepala si ibu.. hingga ada yang stress mungkin dengan kerenah si kecil mereka.  Si kecil ingin melekap saja, seolah-olah tak puas menyusu, dan mungkin meragam.  Saya juga mengalami situasi ini. Memang boleh pening kepala kita di buatnya.


Jadi saya share kan di sini, artikel yang saya baca.   Harap boleh dijadikan panduan buat kita semua.



Happy Breasfeeding =)


Growth Spurt terjadi kepada baby yang berusia di bawah usia satu tahun.
Biasa berlaku semasa usia baby 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan and 9 bulan (berbeza mengikut baby anda – more and less).
Growth spurt akan berterusan sehingga bayi anda menjadi toddler dan seterusnya teenagers.
(terjawablah persoalan kenapa saya makan banyak selalunya pada masa masa tertentu..;P )
Ianya juga berlangsung selama 2-3 hari dan kadang kadang sehingga seminggu.
Apa yang berlaku ialah, baby lebih kerap menyusu dan lebih fussy daripada biasa.
Dan biasanya bila ‘orang lama’ nampak, mereka akan kata bayi tak kenyang kenyang minum susu ibu dan perlu ditopup dengan susu formula.

Tapi sebenarnya apa yang berlaku ialah, bayi anda memerlukan lebih susu untuk tumbesaran fizikal dan skills (seperti merangkak, berpusing setempat,membebelberbual dan tersenyum)
Dan susu anda sentiasa ada dan cukup untuk si kecil :D Magisnya, susu anda akan semakin bertambah mengikut keperluannya.
Sila educate pasangan anda mengenai Growth Spurt supaya bila baby anda fussy melampau, anda dan pasangan akan lebih tenang faham “oh oh, anakku sedang mengalami Growth Spurtnya..”

Jangan terburu buru memberinya susu formula mahupun makanan tambahan (sebelum usianya 6 bulan).
Makan dan minum secukupnya untuk memberikan (dan menghasilkan) yang terbaik utk anak kita..

No comments:

Post a Comment