Friday 6 January 2012

STATUS HALAL

Salam WRT

Pagi-pagi lagi dh menghadap blog..hehe.. sementara anak2 semua tgh tidur kan..Lagi pun, ketika ini, saya tgh wat some readings sambil wat power pumping... 2dalam1.hihi

Ok, nak ckp pasal isu halal - gelatin - produk..
Isu halal di Malaysia ni mmg menjadi isu yang hangat..kerana majoriti penduduknya adalah umat Islam.
Namiun, kadang2 byk yang kita boleh terlepas pandang apabila membeli brg2 atau produk2 di pasaran tanpa melihat isi kandungan nya dan status halal produk tersebut.. Kadang2, dah ade cop halal pun, kita masih ragu-ragu lagi kan.. 

Jadi, apa itu gelatin sebenarnya?
Ini, maklumat yang saya dapat dari    http://www.halalgelatine.com/my/

Malaysia Halal Certificate from 
Islamic Development Department of Malaysia.
Indonesia Halal Certificate
 from Majelis Ulama Indonesia (MUI).

Thailand Halal Certificate 
from The Islamic Central Committee of Thailand (ICCT).









apa itu gelatin

cakeGelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.
Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:
  • Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
  • Puding, kek dan pai
  • Gummi jelli, Pastil berperisa
  • Yogurt, keju dan butter
  • Ais-krim
  • Pencuci mulut segera
  • Gula-gula getah (Chewing gum)
  • Produk-produk daging yang diproses
Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.
"Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"


awasAwasAdakah anda ingat semua gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini hanya terdapat di dalam makanan? JANGAN TERKEJUT...ianya juga ada di dalam banyak jenis barangan-barangan lain lagi.
Produk-produk lain yang mengandungi gelatin antaranya ialah:
  • Kapsul penyalut ubatan
  • Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan
  • Berbagai-bagai jenis Ubat Gigi
  • Hampir ke semua Kosmetik Kecantikan
  • Semua Minyak Wangi
  • Sabun-sabun mandi dan pelembut fabrik
  • Losen Badan, kaki dan tangan
"ASTARGFIRULLAH! WASPADALAH SAUDARA-SAUDARA KU!Sesungguhnya Iman kita yang lemah ini akan terus HANCUR hanya dengan memakan makanan haram dan menggunakan barangan haram. Sebab itulah ianya AMAT DI TEGAH didalam Islam!"



Kandungan Shaklee Omega Guard
(gambar ni saya copy dari Hadhatina Mkb)

Jadi, pada pengguna yang masih ragu-ragu tentang status halal produk Shaklee, produk Shaklee telah diluluskan oleh Islamic Services of America.  Dan kalo lihat label kandungan produk soft gel nya, ia diperbuat dari bovine gelatin iaitu, gelatih gred B - iaitu lembu , kambing, kerbau.

Untuk maklumat lebih lanjut, bole pm atau email pada saya di ainani85@yahoo.com

Sekian, 

7 Januari 2012
8.21am

No comments:

Post a Comment