Thursday 26 January 2012

UNDERWEIGHT

Salam Jumaat buat semua pembaca.

Setiap ibu (n ayah la kan) pastinya inginkan yang terbaik untuk si manja mereka. Dan pastinya juga, kita mahu melihat mereka membesar dengan sihat dan sempurna.  Dan antara yang selalu diperhatikan atau dibandingkan oleh ibu bapa, adalah mengenai berat si manja dan saiz tubuh badannya selain perkembangannya (etc meniarap, menyusur, duduk, merangkak, berjalan).  Siapa tak geram kalau tengok anak semangat je kan..pipi pun boyot jek, badan pun bambam jek mcm dipam pam. haha..

Tetapi setiap anak atau individu itu unik, dan tumbesaran nya tak sama dengan yang lain. Tak perlu di bandingkan sangat unless memang perkembangannya lambat, then baru la dirujuk kepada yang pakar.

So, citer anak-anak saya ni (actually br pas risau bila bawa Sarah checkup 4m di kkia, berat x naik sangat) mengenai berat mereka yang menghampiri underweight.  Bermula dengan Irfan, lahir 3.0kg, 1m+  berat naik hingga 4.8kg, 2m+ berat 5.2kg, 3m+ berat dah semakin mendatar 5.6kg dan seterusnya mendatar jek (tapi selamat lagi tak masuk ke yellow line la. Sekarang dah nak masuk 2thn, rasanya berat still x sampai 10kg kot.
Apa pun, Irfan sangat aktif, cergas dan perkembangannya cepat.. dari meniarap, tumbuh gigi, hingga la bole berjalan di usia 9bulan.. (patutlah berat tak naik2).  Dan yang saya perasaan, bila dia fully bf (till 6m) memang jarang sakit.. tapi bila dah campur formula, tambah plak duduk dengan pengasuh, senang sikit berjangkit la selsema.  Masa tu (tiap kali checkup, saya cukup risau dengan berat nya)


Sarah pula, lahir dengan berat 2.9 kg, sebabkan bf jaundice yg hampir 2bulan lamanya, 3kali masuk wad under phototerapy (ni kisah saya pernah citer kat entry saya dl kan), memang fully bf, asyik bf jek sampai muka pun naik tembam 1-2 bulan.. 1m+ jek dah 4kg, 2m+ 4.8kg, then masuk 3m+ dah pandai meniarap (cepatkan) berat pun x naik byk la sekitar 5.2kg.. and last checkup was at 4m+ only 5.73kg.. berat masih di tahap ok la.. (belum yellow line) tapi bmi dah x cantik..x sesuai.. Nurse pun mula risau, membuatkan hati saya lagi cuak la..



Apa pun, saya tahu, perkembangan kedua-dua anak saya setakat ni baik, sihat dan cergas.. (wlp berat menjadi kebimbingan sedikit pada saya). Alhamdulillah, Sarah tak pernah demam lg setakat ni, Irfan plak biasa la.. dah pernah patah kaki pun (bersimen kaki 1m+) demam n selsema dah makin kurang n baru nak berselera makan bila saya tambahkan meal shake SHAKLEE dalam susu dia (sbg multivitamin utk kanak2 1thn ke atas).  Dan misi saya dan suami, untuk cuba pastikan Sarah dapat menikmati susu ibunya selama yang saya mampu (mudah2an hingga 2tahun).

Di sini, saya share kan entry yang saya baca mengenai masalah anak underweight ni..  Kalau anda ibu yang menyusukan anak anda, jika ada masalah berat, sesuai la baca entry ni.. sebab ia melegakan saya.. Tak la risau sgt.. Sebab kita dah berikan yang terbaik untuk anak-anak kita kan..  Muahhh..


Anak anda tidak kurus kerana kurang khasiat!
Dia kecil sebab anda dan suami bertubuh kecil  
Ibu bapa yang berinformasi tidak akan membiarkan sesiapa (atau doktor) undermine keyakinan anda terhadap susu ibu!
She’s doing fine ….just fine…. 
:)


Happy Breastfeeding
___________________________________________________________________
Credit to : http://www.diyaluna.com


Pernahkah anda membawa anak anda yang fully breastfeed ke klinik untuk checkup bulanan
Dan nurse/doktor mengatakan anak anda underweight?
Sedangkan anak anda menyusu dan makan dengan baik (sekiranya sudah makan)
Anak anda juga aktif mengeksplorasi seluruh kawasan rumah dan tidak nampak lemah
Nurse/doktor tersebut mencadangkan anda menambah susu formula dalam diet anak anda
Apa yang anda perlu lakukan? Dan apa yang anda perlu tahu?
  1. Periksa dengan doktor keadaan kesihatannya – samada bayi mengalami apa apa masalah kesihatan
  2. Hubungi kaunselor/konsultan laktasi bagi mengakses keadaan penyusuan anak anda samada dari segi teknik, lekapan, feeding pattern mahupun penyediaan susu perahan.
  3. Ketahui fakta bahawa breastfed babies akan meningkat beratnya dengan cepat pada 2 hingga 3 bulan pertama dan meningkat berat perlahan lahan dari usia 3 bulan sehingga 12 bulan berbanding formula fed babies.

growthchart
Kebanyakan doktor masih menggunakan Growth Chart tahun 1977 dimana:
  • Kajian dibuat berdasarkan bayi Caucasian (yang lebih besar dari Asian) yang dibuat di Ohio dari tahun 1929 hingga 1975
  • Kebanyakan daripada mereka adalah formula fed babies
  • Dan diberi makan seawal usia 4 bulan (sebelum polisi diubah kepada 6 bulan ke atas)
  • Nyatanya, growth chart ini tidak sesuai untuk breastfed babies!
Growth Chart pada tahun 2000 pula adalah kombinasi antara formula fed dan breastfed babies dimana chart ini agak ‘mengelirukan’ bagi mendiagnosis keadaan kesihatan bayi berikutan kadar pertambahan berat yang berbeza
Growth Chart terbaru dari WHO dikeluarkan pada 27 April 2006
Ianya berdasarkan daripada kajian dan pemerhatian terhadap 9000 bayi yang menyusu secara eksklusif sepanjang 6 bulan pertamanya
Chart ini juga boleh digunakan oleh formula fed babies bagi mengakses tahap ‘lebihan’ beratnya kerana susu formula meninggikan risiko obesiti di kalangan anak anak kita

Anak anda tidak kurus kerana kurang khasiat!
Dia kecil sebab anda dan suami bertubuh kecil
Ibu bapa yang berinformasi tidak akan membiarkan sesiapa (atau doktor) undermine keyakinan anda terhadap susu ibu!
She’s doing fine ….just fine…. :)


Nota mommy Luna:  Ada juga doktor yang menggunakan growth chart yang diberikan secara percuma oleh syarikat susu formula untuk mengukur kadar pertumbuhan bayi yang nyata tidak sesuai untuk breastfed babies.

No comments:

Post a Comment