Saturday 11 February 2012

KALSIUM UNTUK SEMUA PERINGKAT


SUSU PENTING BAGI SEMUA PERINGKAT UMUR

Sejak kecil lagi kita telah dididik betapa pentingnya susu kepada manusia. Bahkan kita juga digalakkan minum susu bukan sahaja pada peringkat umur kanak-kanak malahan sehingga dewasa.

Terdapat pelbagai khasiat di dalam susu. Antaranya kalsium, lemak, karbohidrat, vitamin serta mineral. Namun begitu harus di ingat bahawa keperluan nutrisi manusia terutamanya kalsium adalahberbeza di antara satu sama lain. Sebagainya contohnya seorang kanak-kanak berusia 1-3 tahun memerlukan kalsium sebanyak 500 miligram sehari berbanding kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun yang memerlukan sebanyak 600 miligram sehari.

Sewaktu diperingkat umur yang awal, si kecil memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat seterusnya membesar secara optimum. Manakala semasa peringkat remaja, mereka memerlukan susu semasa peringkat baligh dan peningkatan ketinggian badan. Pada peringkat ini, mereka lebih aktif dalam aktiviti seharian yang mana memerlukan tulang yang kuat.

Selain itu kalsium juga membantu dalam mengelakkan osteoporosis di kemudian hari. Kita harus mendapatkan kalsium pada setiap hari kerana tulang kita akan mengalami pembaharuan selain kehilangan sebahagian nutrisi yang hilang dari badan kesan dari aktiviti badan seperti perkumuhan, pernafasan dan pembuangan urin dan tinja.


Pelabelan Makanan

Sewaktu membeli makanan kita jarang sekali melihat kepada label makanan. Label makanan sebenarnya adalah penting dalam mengetahui berapakah jumlah nutrisi makanan yang terdapat di dalam makanan tersebut. Ini termasuklah jumlah kalsium yang terdapat di dalam makanan tersebut bagi setiap satu hidangan. Untuk itu pastikan anda memeriksa terlebih dahulu jumlah kalsium yang terdapat dalam makanan tersebut agar bersesuaian dengan keperluan harian anda.


Keperluan Buat Ibu Mengandung

Ibu mengandung amat memerlukan kalsium demi perkembangan bayi di dalam kandungannya. Menurut Dr. Ariza Mohamed di dalam bukunya yang bertajuk ‘Soal Jawab Bakal Ibu’, “kalsium adalah penting bagi pembentukan organ bayi di dalam kandungan ibu. Sekiranya keperluan janin tidak dipenuhi maka kalsium dari tulang ibu akan diserap”. Untuk itu, si ibu akan mengalami beberapa gejala akibat kehilangan kalsium. Antaranya:

a. Sakit sendi
b. Tulang rapuh 
c. Kaki kejang


Keperluan di hari tua

Semasa peringkat dewasa pula, anda masih perlu minum susu kerana dengan bertambahnya peringkat umur, kalsium dari tulang kita semakin lama semakin terhakis dan ini boleh menyebabkan tulang menjadi semakin rapuh dan mudah retak. Untuk itu pastikan anda mengambil minuman susu dari awal agar anda dapat mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak di ingini kemudian hari.


Sumber lain kalsium

Selain susu dan produk tenusu, terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang mampu menyumbang kepada keperluan kalsium. Antaranya seperti:

a. Kekacang : Contoh yang terbaik adalah almond 
b. Sayuran : Sayuran hijau seperti bayam, dan brokoli. (Selain menjadi sumber kalsium yang baik, sayuran ini juga mempunyai nilai kalori yang rendah) 
c. Buah – buahan : Seperti oren dan kismis 
d. Ikan : Seperti sardine dan salmon

Sekiranya anda keliru dalam nilai jumlah kalsium yang seharusnya di ambil dalam pola pemakanan anda, maka anda boleh mendapatkan nasihat dari doktor mahupun pakar pemakanan dalam membantu mengenai perkara ini.

Rujukan: 
1. ‘Strong Women, Strong Bones: Everything you need to know to prevent, treat and beat Osteoporosis’, Miriam E. Nelson, Sarah Wernick (2006) 
2. Recommended Nutrient Intakes, Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) 
3. ‘Soal Jawab Bakal Ibu’, Dr. Ariza Mohamed (2005).


KEPERLUAN KALSIUM BAGI IBU MENGANDUNG DAN MENYUSUKAN


12 Februari 2012


KURANGKAN KOMPLIKASI SEMASA MENERAN

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my




APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.


Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.

Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.

“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.


IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.


“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

Diet sumber asli

Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.



PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.


“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.

Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.


Kehilangan kalsium

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.

“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.

Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.


Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

“Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.

Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

_________________________________________________________________________________

OSTEMATRIX SHAKLEE 
- merupakan vitamin yang mengandungi kalsium, vitamin D dan magnesium.
- Setiap tablet, mengandungi 250mg kalsium.  Pengambilan 4biji sehari, mampu memberikan sebanyak 1000mg kalsium untuk keperluan diet seharian anda.


Berminat atau ingin bertanya lebih lanjut, boleh berhubung dengan saya melalui
email : ainani85@yahoo.com
sms   : 019-4511906

Happy Breastfeeding